Latar belakang Nabi Muhamad SAW


NABI MUHAMMAD S.A.W.

Latar Belakang
Nabi Muhammad s.a.w. dilahirkan pada 12 Rabiuawal Tahun Gajah bersamaan dengan 571 Masihi di Mekah. Ibunya bernama Aminah binti Wahab. Ibunya telah meninggal dunia apabila Nabi Muhammad 6 tahun.

Bapanya bernama Abdullah Abdul Muttalib dan beliau meninggal dunia apabila nabi dalam kandungan. Nabi dipelihara oleh datuknya Abdul Muttalib yang kemudiannya meninggal dunia ketika nabi berumur 8 tahun. Semasa berumur 12 tahun, nabi mengikut bapa saudaranya Abu Talib ke Syam untuk berniaga. Seorang paderi bernama Bahirah / Buhairah menasihatkan Abu Talib membawa Muhammad balik kerana bimbang dibunuh oleh orang Yahudi.

Ketika berusia 25 tahun, beliau telah berkahwin dengan Khadijah binti Khuwailid yang berumur 40 tahun. Baginda mempunyai 6 orang anak, iaitu 2 lelaki dan 4 perempuan. Yang lelaki telah meninggal nudia semasa mereka kecil. Sewaktu 35 tahun, beliau diberi gelaran al-Amin kerana berjaya menyelesaikan perbalahan di kalangan pembesar Arab berhubung dengan perletakan batu Hajar al-Aswad.


Perlantikan Sebagai Nabi dan Rasul
Nabi ialah seorang manusia lelaki yang terpilih yang disampaikan wahyu Allah untuk dirinya. Rasul juga sama dengan nabi tetapi Rasul mesti menyampaikan wahyu yang diterimanya kepada orang lain.

Telah menjadi kebiasaan, Muhammad mengasingkan diri di Gua Hira untuk beribadat di samping memikirkan kejadian alam. Akhirnya pada 17 Ramadan bersamaan 6 Ogos 611 Masihi sewaktu baginda berusia 40 tahun, datanglah malaikat Jibril membawa wahyu pertama, iaitu ayat 1-5, surah al-Alaq. Wahyu ini bermaksud:

bacalah dengan nama Tuhan kamu yang menjadikan kau dan segumpal darah dan bacalah dengan nama Tuhanmu yang mulia yang mengajar manusia yang tidak mengetahui apa-apa.

Selepas menerima wahyu pertama, nabi terus ke rumah menceritakan apa yang berlaku kepadanya dan Khadijah telah membawa baginda berjumpa dengan sepupunya, Waraqah bin Naufal, seorang pendeta yang menghafal kitab suci. Waraqah mengakui yang datang itu ialah Jibril dan ini bermakna baginda dilantik sebagai nabi.

Selepas menerima wahyu pertama, baginda terus ke gua dan pada suatu hari, ketika baginda keluar dari rumah, baginda terdengar satu suara dan apabila baginda mendongak, terlihatlah Jibril. Kerana takut, baginda masuk semula ke rumah dan meminta Khadijah menyelimutkannya.

Ketika inilah turunlah wahyu kedua, iaitu surah al-Mudduthir, ayat 1-7 yang bermaksud: Wahai orang yang berselimut, bangun dan berilah peringatan, hendaklah engkau menggesakan tuhanmu, bersihkanlah pakaianmu, jauhilah perbuatan dosa, janganlah engkau memberi kerana hendakkan balasan yang banyak dan hendaklah engkau bersabar kerana tuhanmu. Dengan wahyu kedua ini, bermakna Allah telah melantik baginda sebagai Rasul kerana ayat tersebut dengan jelas memerintahkan Muhammad untuk mengingatkan manusia.


Biodata Nabi Muhammad S.A.W :
Nama penuh:
 Muhammad bin ‘Abdullah bin ‘Abdul Muttalib bin Hashim
Nama bapa:
 ‘Abdullah bin ‘Abdul Muttalib bin Hashim
Nama ibu:
 Aminah binti Wahab bin ‘Abdul Manaf
Nama datuk:
 Syaibah bin Hâsyim dikenal dengan nama ‘Abdul Muttalib
Tarikh Lahir Nabi: 12 Rabiulawal Tahun Gajah


Bapa-bapa saudara:
• Al-Harith bin Abdul Muthalib
• Muqawwam bin Abdul Muthalib
• Zubair bin Abdul Muthalib
• Hamzah bin Abdul Muthalib
• Al-Abbas bin Abdul Muthalib
• Abu Thalib bin Abdul Muthalib
• Abu Lahab bin Abdul Muthalib
• Abdul Kaabah bin Abdul Muthalib
• Hijl bin Abdul Muthalib
• Dzirar bin Abdul Muthalib
• Ghaidaq bin Abdul Muthalib

Nama Ibu susuan Rasulullah:
·   Ibu susuan pertama Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab) 
·   Ibu susuan kedua Halimah binti Abu Zuaib As-Sa‘diah (lebih dikenali Halimah As-Sa‘diah. Suaminya bernama Abu Kabsyah)

Nama isteri pertama dan usia baginda berkahwin:
Khadijah binti Khuwailid Al-Asadiyah pada 25 tahun

Nama isteri-isteri Rasulullah:
1. Khadijah bt. Khuwailid al-Asadiyah r.a
2. Saudah bt. Zam’ah al-Amiriyah al Quraisiyah r.a
3. Aisyah bt Abi Bakr r.a (anak Saidina Abu Bakar)
4. Hafsah bt. Umar bin al-Khattab r.a (anak Saidina ‘Umar bin Al-Khattab
5. Ummu Salamah Hindun bt. Abi Umaiyah r.a (digelar Ummi Salamah)
6. Ummu Habibah Ramlah bt. Abi sufian r.a
7. Juwairiyah ( Barrah ) bt. Harith
8. Safiyah bt. Huyay
9. Zainab bt. Jansyin
10. Asma’ bt. al-Nu’man al-Kindiyah
11. Umrah bt. Yazid al-Kilabiyah
12. Zainab bin Khuzaimah (digelar ‘Ummu Al-Masakin’; Ibu Orang Miskin)

Nama anak-anak Rasulullah:

1. Qasim
2. Abdullah
3. Ibrahim
4. Zainab
5. Ruqaiyah
6. Ummi Kalthum
7. Fatimah Al-Zahra’
8. Halah bin Hind bin Habbasy bin Zurarah al-Tamimi (anak kepada Saidatina Khadijah bersama Hind bin Habbasy. Ketika berkahwin dengan Rasulullah, Khadijah adalah seorang janda).[anak tiri Rasulullah]

Pengalaman bekerja Rasulullah: 


·   Semenjak kecil lagi, baginda telah menternak kambing dan berniaga membantu bapa saudaranya. 
·   Abu Talib telah membawa baginda ke Syam (Syria) bagi membantunya berniaga.
·   Apabila baginda telah agak dewasa, baginda telah mula menjalankan perdagangan baginda sendiri secara kecil-kecilan dan menjalankan perniagaan dengan menggunakan modal orang lain kerana baginda sedar bapa saudaranya bukanlah terdiri daripada orang yang berada dan beliau terpaksa menyara sebuah keluarga yang besar.
·   Ketika baginda berusia dua puluh lima tahun, baginda telah pergi ke Syam untuk kali kedua bagi menjalankan perniagaan Sayidatina Khadijah. Bukti Rasulullah adalah seorang ketua keluarga yang patut dicontohi: Rasulullah merupakan seorang yang pengasih.
·   Sebagai seorang suami, baginda sering membantu isteri menjalankan urusan rumah seperti memasak, menampal pakaian yang koyak, memmbersih rumah dan menjaga anak.
·   Sebagai seorang bapa, baginda memberi pendidikan agama yang secukupnya dan menjadi seorang contoh yang baik kepada anak-anak.

Gelaran Al-Amin:
 Baginda merupakan seorang yang jujur, amanah dan budi pekerti. Perkataan dan perbuatan baginda sentiasa dipercayai sehingga baginda diberi gelaran al-Amin oleh masyarakat Arab Quraisy.

Sifat-sifat terpuji Rasulullah:
 


·   Berkata benar (siddiq) 
·   Boleh dipercayai (amanah)
·   Penyampai ajaran Islam (tabliq)
·   Bijaksana (fatanah)

Kepimpinan Rasulullah disebalik peristiwa banjir di kota Mekah ketika Rasulullah berusia 35thn: Kota Mekah telah dilanda banjir kilat yang menyebabkan dinding kaabah pecah dan runtuh. Kaum Quraisy telah membina semula bahagian yang runtuh. Kemudian timbul perbalahan antara ketua kaum Quraisy yang berebut untuk mengangkat dan meletakkan Hajar Aswad di penjuru sebelah timur bangunan kaabah. Perbalahan ini hampir menimbulkan peperangan. Rasulullah telah menjadi hakim bagi menentukan kedudukan Hajar Aswad dan secara tidak langsung Rasulullah telah meleraikan perbalahan antara ketua kaum Quraisy.

Peristiwa Rasulullah menerima wahyu:
 
·   Wahyu pertama diterima Rasulullah pada hari isnin, 17 ramadan (6 ogos 610 M) 
·   Ketika itu Rasulullah berusia 40 tahun.
·   Wahyu tersebut diterima baginda di Gua Hirak al-Jabar Nur.
·   Surah al-Alaq, wahyu pertama yang berbunyi “Bacalah dengan menyebut nama Tuhanmu yang menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah, dengan nama Tuhanmu yang Amat Pemurah, yang mengajar manusia dengan perantaraan (menulis, membaca). Dia mengajarkan kepada manusia apa yang tidak diketahuinya. ”
·   Wahyu kedua, surah al-Muddasir (ayat 1-7) diturunkan di Bukit Nur berhampiran Makkah.
·   Wahyu kedua ini menandakan pelantikan baginda sebagai Rasulullah atau pesuruh Allah.

Tokoh-tokoh awal memeluk Islam:
• Zaid bin Harithah (anak angkat nabi)
• Ali bin Abu Talib (sepupu nabi berusia 10 tahun)
• Khadijah binti Khuwailid (isteri nabi dan orang pertama memeluk Islam)
• Abu Bakar al-Siddiq (sahabat karib)


Wahyu pertama yg diterima oleh Rasulullah, masanya dan usia Rasulullah: 
·   Wahyu pertama iaitu dari surah al-Alaq yang berbunyi “Bacalah dengan menyebut nama Tuhanmu yang menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah, dengan nama Tuhanmu yang Amat Pemurah, yang mengajar manusia dengan perantaraan (menulis, membaca). Dia mengajarkan kepada manusia apa yang tidak diketahuinya. ” 
·   Pada hari isnin, 17 ramadan (6 ogos 610 M)
·   Berusia 40 tahun.




Cara N.M SAW menyelesaikan masalah


1.      Menurut riwayat, ada seorang Badwi datang menghadap Nabi s.a.w. dengan maksud ingin meminta sesuatu  pada Baginda. Nabi s.a.w. memberinya, lalu bersabda, “Aku berbuat baik kepada mu.” Badwi itu berkata, “pemberianmu tidak baik padamu.” Para sahabat rasa tersingguing, lalu mengugutnya dengan marah, namun Nabi memberi isyarat agar mereka bersabar.
Kemudian Nabi s.a.w. pulang ke rumah. Nabi kembali dengan membawa barang tambahan untuk diberikan kepada Badwi itu. Nabi bersabda pada Badwi itu, “Aku berbuat baik pada mu?” Badwi itu berkata, “Ya, semoga Allah membalas kebaikan uan, keluarga dan kerabat.”
Keesokan harinmya, Rasulullah s.a.w. bersabda kepada para sahabatnya, “Nah, kalau pada waktu Badwi itu berkata yang sekasar itu engkaui dengar, kemudian engkau tidak bersabar dan engkau membunuhnya, maka ia pasti masuk neraka. Namun, kerana saya bimbing dengan baik, maka ia selamat.” Beberapa hari selepas itu, si Badwi bersedia untuk di beri perintah bagi melaksanakan tugas penting yang berat mana sekali pun. Dia juga turut dalam medan jihad dan melaksanakan tugasnya dengan taat dan redho.
Rasulullah s.a.w. memberikan contoh kepada kita tentang berlapang dada. Ia tidak marah menghadapi kekasaran seorang Badwi yang memang demikianlah karekternya. Kalaupun saat itu dilakukan hukuman terhadap si Badwi itu , tentu hal itu bukan satu kezaliman, namun Rasulullah s.a.w. tidak berbuat demikian.

2.      Krisis Masyarakat di Zaman sebelum Rasulullah:
Sebelum dibahas tentang bagaimanakah Rasulullah mengubati penyakit masyarakat jahiliah di zamannya, terlebih dahulu kita mengetahui akan apakah penyakit masyarakat yang mewabah ketika itu. Sebelum Nabi Muhammad diangkat menjadi Rasul, masyarakat tertimpa berbagai macam krisis dan penyakit jiwa. Diantara penyakit yang menimpa masyarakat :
Sangat memuja berhala. Hati masyarakat begitu melekat kepada berhala.
Terlalu ketagihan dengan arak/alkohol.
Terlalu suka dengan riba. Bunga tinggi, tak sanggup bayar, jadi hamba.
Wujudnya dua empayar besar yaitu Rome dan Parsi yang menindas negara-negara lemah.
Pelacuran amat leluasa merebak di tengah masyarakat.
Akhlak kaum wanita ketika itu amat rendah.
Manusia terlalu bakhil, terlalu gila harta sehingga harta orang hendak dijadikan harta dia.
Perpecahan menjadi-jadi. Terjadi peperangan. Kadang peperangan besar hanya disebabkan hal kecil.
Cara Rasulullah Menyelesaikan Krisis:
Rasulullah hanya tanamkan 3 pil saja pada diri masyarakat Jahiliah ketika itu.
Pertama, Rasulullah menanam kembali rasa tauhid kedalam hati masyarakat sehingga manusia terasa akan kebesaran Tuhan, kasih sayang, kehebatan dan keperkasaan Tuhan.
Kedua, Rasulullah menanamkan kembali cinta kepada Akhirat. Beliau memperkatakan tentang Syurga dan Neraka.
“Akhirat itu adalah lebih utama, lebih baik daripada dunia.” (Surah Ad-Dhuha, ayat 4)
“Akhirat itu adalah lebih baik dan lebih kekal.” (Surah Al A’la, ayat 17)
Lahirlah manusia yang jiwanya terpaut dengan Akhirat. Akhirnya bukan saja harta dihabiskan untuk Akhirat bahkan nyawa sendiri dikorbankan. Mereka mau cepat-cepat kembali ke Akhirat. Mereka mau mati syahid menjadi para syuhada.
Ketiga, Rasulullah menanam semangat dan perasaan cinta akan sesama manusia terutamanya umat Islam untuk mengikis penyakit terlalu cinta diri sendiri, keluarga atau kawan-kawan sendiri.
“Tidak sempurna iman seseorang dari kamu sehingga dia mencintai diri saudara-saudaranya seperti dia mencintai dirinya sendiri.”
“Sebaik-baik manusia ialah manusia yang banyak berkhidmat kepada manusia yang lain.”
“Barang siapa yang menunaikan hajat saudara lain, Tuhan akan tunaikan padanya 70 hajat.”
Terjalin perasaan ghairah apabila menolong orang lain. Lahir perasaan kasih sayang pada orang lain. Mereka dapat merasakan nasib orang lain seperti nasib mereka sendiri, kesenangan orang lain seperti kesenangan sendiri, kesusahan orang lain seperti kesusahan sendiri, darah orang lain seperti darah sendiri, nyawa orang lain seperti nyawa sendiri.

Usaha dan sumbangan N.M SAW dalam agama Islam


Usaha dan sumbangan nabi muhammad s.a.w
1.      Nabi Muhammad s.a.w berketurunan Bani Hashim, lahir pada 12 Rabbiulawal, tahun gajah. Setelah menerima wahyu , baginda beruasaha membina masyarakat Islam di Mekah melalui aktiviti dakwah, tetapi mendapat tentangan daripada kaum Quraish.
2.      Penentangan ini telah membawa kepada penghijrahan Nabi Muhammad s.a.w dan para sahabat baginda ke Madinah.
3.       Baginda meneruskan usaha dakwahnya di Madinah dan dipilih sebagai pemimpin di Negara Kota tersebut.
4.      Latar belakang masyarakat Mekah dan Madinah : Nama asal Makkah ialah Makoraba. Kemudian nama kota itu diubah kepada nama Bakkah dan Makkah. Dalam Al Quran Makkah disebut sebagai Bakkah yang telah didiami manusia sejak 2400 tahun dahulu.
5.      Kota Madinah dikenali sebagai Yathrib,  bermakna kota yang bercahaya. Kedudukannya sangat strategic, iaitu terletak ditengah-tengah perjalanan di antara Syam di Selatan dan Mekah di bahagian utara. Madinah terletak berhampiran lembah yang subur, pertanian dapat dijalankan sepanjang tahun.Kesuburan tanahnya menjadi pusat tumpuan ramai.

Pembinaan masyarakat Islam di Mekah:
Dakwah secara sulit :
o     Berlangsung selama 3 tahun – berusaha membina masyarakat Islam melalui aktiviti dakwah – Secara sulit baginda menyampaikan dakwah kepada kaum keluarganya yang terdakat iaitu bapa saudaranya. Keluarga sepupu dan juga teman-teman yang rapat. hanya beberapa orang sahaja yang memeluk Islam-antaranya Siti Khadijah iaitu isteri baginda serta sahabatnya Abu Bakar. Baginda menyeru mereka supaya beriman kepada Allah dan rasulnya serta meninggalkan ibadat menyembah berhala, Baginda juga mengajak mereka melakukan kebaikan dan kebajikan serta meninggalkan perkara / perbuatan yang mungkar seperti judi, minum arak, menipu, merompak, berzina, membunuh anak dan sebagainya. Dakwah yang disampaikan oleh baginda adalh secara lemah-lembut dan penuh hikmah. Rumah al-Arqam dijadikan markas pertama dakwah islamiyah, rumah tersebut terletak di Bukit Safa. 
o    Setelah mendapat wahyu daripada Allah yang memerintah baginda menyampaikan dakwah secara terang-terangan.
Dakwah secara terang :
o    Berlangsung selama 10 tahun. Mendapat penentangan daripada kaum Kafir Quraisy  dalam bentuk siksaan, cacian, ejekan, penghinaan dan pemulauan.(huraikan). Orang Kafir Quraisy juga menggunakan teknik pujukan melalui Abu Talib, bapa saudara Nabi Muhammad yang ketika itu  merupakan pembesar Quraisy dan teknik tawaran iaitu menawarkan pangkat dan harta kepada Nabi Muhammad. Kesemua teknik ini  tidak berjaya melemahkan semangat Nabi Muhammad s.aw untuk terus menyebarkan Islam.


Pembentukan masyarakat Islam di Madinah.
Pembinaan masjid :
o    Pembinaan masjid.-Merupakan usaha pertama Nabi Muhammad s.a.w di Madinah.
o    Fungsi masjid –Tempat perhimpunan umat Islam untuk mengadakan perbincangan, pusat pengajian, pusat ibadat, pusat pentadbiran dan berurusniaga.
o    Masjid terawal dibina ialah masjid Nabawi.
o    Pembinaan masjid telah melipatgandakan usaha-usaha dakwah.
Piagam Madinah :
o    Diperkenalkan untuk menyatupadukan masyarakat di Madinah.
o    Kandungan piagam ini mencatatkan tanggungjawab  pemerintah dengan golongan yang diperintah, hak-hak manusia, persaudaraan, keselamatan, tanggungjawab sosial, ekonomi dan sebaginya.
o    Perundangan Islam bersumberkan Al-Quran, Hadith, Qias, dan Ijmak
o    Baginda juga telah memperkenalkan konsep persamaan antara manusia.
Pemulihan ekonomi :
o    Penyatuan masyarakat yang berlaku telah mewujudkan semangat saling membantu sehingga meliputi segenap bidang.
o    Golongan Muhajirin bergiat dalam bidang pertanian.
o    Nabi menggalakkan umat Islam bergiat dalam bidang perniagaan.
Hubungan sosial :
o    Nabi Muhammad s.a.w telah menyatukan orang-orang Aus dan Khazraj yang saling bermusuhan sebelum ini.
o    Nabi Muhammad s.a.w telah mempersaudarakan golongan Muhajirin dan Ansar.
o    Baginda berusaha menghilangkan rasa kesepian orang Muhajirin yang berjauhan dengan keluarga dan sanggup meninggalkan saudara mara di Mekah.
Kesimpulan :
o    Nabi Muhammad telah berjaya mewujudkan sebuah masyarakat Islam yang bersatupadu dan kuat .
o    Kepimpinan Nabi Muhammad menunjukkan bahawa Nabi Muhammad s.a.w adalah bukan sahaja seorang Nabi dan Rasul tetapi juga seorang tokoh negarawan yang unggul.

Contoh tindakan yang bijaksana yang pernah diambil oleh N.M SAW dan kesannya


Penghijrahan dari Mekah ke Madinah
Tentangan terhadap Islam semakin hebat dan pelbagai usaha dari pihak Quraisy untuk menyekat dakwah Islam. Musyrikin Makkah telah melakukan pelbagai usaha menghalang dakwah Rasulullah S.A.W antaranya, tawaran untuk bergilir-gilir melaksanakan agama masing-masing, menawarkan pangkat, harta dan wanita kepada Rasulullah S.A.W, mengenakan sekatan ekonomi terhadap orang Islam, Bani Hasyim dan Bani Abdul Mutalib selama 3 tahun. Selain itu, mereka juga telah melakukan penyeksaan terhadap orang Islam dan membuat perancangan untuk membunuh Nabi Muhammad.
Pada tahun 620 Masihi, beberapa orang Madinah telah datang bertemu dengan Rasulullah S.A.W secara sulit. Pertemuan itu telah membawa kepada termeterainya Perjanjian Aqabah Pertama dan Perjanjian Aqabah Kedua pada tahun berikutnya. Seterusnya, Nabi Muhammad telah membuat keputusan untuk berhijrah ke Madinah supaya perjuangan dakwah Islam dapat diteruskan.
Penghijrahan tersebut telah mempersaudarakan antara golongan Ansar dan Muhajirin. Hijrah juga telah menjurus kepada pembinaan masjid sebagai tempat ibadah dan lambang perpaduan umat Islam. Selain itu juga, beberapa perjanjian telah termeterai bersama golongan Yahudi di Madinah.

Piagam Madinah:Bukti Kebijaksanaan Nabi Muhamad
Piagam Madinah telah digubal oleh Nabi Muhammad s.a.w. pada tahun 622M bersamaan tahun pertama Hijrah, merupakan perlembagaan bertulis pertama di dunia.
Kandungan piagam ini terdiri daripada 47 fasal.
·         23 fasal piagam tersebut membicarakan tentang hubungan antara umat Islam sesama umat Islam iaitu antara Ansar dan Muhajirin.
·         24 fasal yang berbaki membicarakan tentang hubungan umat Islam dengan umat bukan Islam iaitu Yahudi.
Selain Piagam Madinah, ia juga dikenali dengan pelbagai nama seperti Perjanjian Madinah, Dustar al-Madinah dan juga Sahifah al-Madinah. Selain itu Piagam Madinah juga boleh dikaitkan dengan Perlembagaan Madinah kerana kandungannya membentuk peraturan-peraturan yang berasaskan Syariat Islam bagi membentuk sebuah negara (Daulah Islamiyah) yang menempatkan penduduk yang berbilang bangsa atau kaum.


Perangkaan Piagam Madinah
Rasulullah s.a.w. dalam merangka piagam Madinah, beliau telah mengikut bimbingan wahyu dan berdasarkan norma-norma masyarakat Madinah ketika itu. Terdapat tiga langkah yang diambil oleh Rasulullah dalam membentuk piagam Madinah.
Langkah pertama
Dilakukan oleh Rasulullah dengan mendirikan sebuah masjid sebagai tempat orang Islam beribadat dan tempat Rasulullah menyampaikan ajaran Islam serta tempat pentadbiran Rasulullah.
Langkah kedua
Mengikat tali persaudaraan antara kaum Ansar dan Muhajirin, bagi mewujudkan persefahaman dan untuk membantu kaum Muhajirin memulakan hidup baru dengan pertolongan kaum Ansar.
Langkah ketiga
Mengadakan perjanjian dengan orang Yahudi supaya sama-sama mempertahankan Madinah dari ancaman luar.
Berdasarkan langkah-langkah tersebut maka lahirlah satu perjanjian yang dikenali sebagai piagam Madinah. Perkara utama yang terkandung dalam Piagam Madinah adalah:
·         Nabi Muhammad s.a.w. adalah ketua negara untuk semua penduduk Madinah dan segala pertelingkaran hendaklah merujuk kepada baginda.
·         Semua penduduk Madinah ditegah bermusuhan atau menanam hasad dengki sesama sendiri, sebaliknya mereka hendaklah bersatu dalam satu bangsa iaitu bangsa Madinah.
·         Semua penduduk Madinah bebas mengamal adat istiadat upacara keagamaan masing-masing.
·         Semua penduduk Madinah hendaklah bekerjasama dalam masalah ekonomi dan mempertahankan Kota Madinah dari serangan oleh musuh-musuh dari luar Madinah.
·         Keselamatan orang Yahudi adalah terjamin selagi mereka taat kepada perjanjian yang tercatat dalam piagam tersebut,

Tujuan Piagam Madinah
·         Menghadapi masyarakat majmuk Madinah
·         Membentuk peraturan yang dipatuhi bersama semua penduduk.
·         Ingin menyatukan masyarakat pelbagai kaum
·         Mewujudkan perdamaian dan melenyapkan permusuhan
·         Mewujudkan keamanan di Madinah
·         Menentukan hak-hak dan kewajipan Nabi Muhammad dan penduduk setempat.
·         Memberikan garis panduan pemulihan kehidupan kaum Muhajirin
·         Membentuk Kesatuan Politik dalam mempertahankan Madinah
·         Merangka persefahaman dengan penduduk bukan Islam, terutama Yahudi.
·         Memberi peruntukan pampasan kepada kaum Muhajirin yang kehilangan harta benda dan keluarga di Mekah.

Prinsip Piagam Madinah
·         Al-Quran dan Sunnah adalah sumber hukum negara.
·         Kesatuan Ummah dan Kedaulatan Negara
·         Kebebasan bergerak dan tinggal di Madinah
·         Hak dan tanggungjawab dari segi ketahanan dan mempertahankan negara
·         Dasar hubungan baik dan saling bantu-membantu antara semua warganegara
·         Tanggungjawab individu dan negara pemerintah dalam menegakkan keadilan sosial.
·         Beberapa undang-undang keselamatan seperti hukuman Qisas dan sebagainya telah dicatatkan
·         Kebebasan beragama
·         Tanggungjawab negara terhadap orang bukan Islam
·         Kewajipan semua pihak terhadap perdamaian.

KESAN PIAGAM MADINAH
·         Penerimaan Rasullah s.a.w sebaagi Ketua Negara Madinah telah menaikkan kedudukan baginda sebagai pemimpin di dalam sebuah negara yang mana penduduknya terdiri dari pelbagai bangsa. Baginda mempunyai kuasa untuk memutuskan apa-apa dasar negara dan untuk menyelesaikan masalah-masalah yang timbul dari masa ke semasa.
·         Pengekalan struktur kekeluargaan masyarakat Madinah yang tidak bertentangan dengan Islam di samping pengubahsuaian sebahagian darinya mengikut hukum-hukum Islam. Ketua-ketua kaum tetap mempunyai autority terhadap kaumnya dan Rasullah s.a.w adalah sebagai Ketua hakim yang akan memutuskan hukumaan terhadap kesalahan -kesalahan di luar bidang kuasa ketua -ketua kaum berkenaan.
·         Orang-orang Islam diwajibkan hidup bermasyarakat sesama mereka secara aman dan mereka hendaklah membantu saudara seagama dan ditegah membantu dan berpihak kepada musuh-musuh Islam.
·         Piagam Madinah telah menyatukan dan mendamaikan antara suku-suku bangsa Arab di Madinah yang sentiasa bertelagah sebelum ini.
·         Kebebasan dalam kegiatan perniagaan dan keadaan yang aman di Madinah telah menarik minat pedagang-pedagang luar untuk datang ke Madinah. Akhirnya Madinah telah menjadi pusat perdagangan penting di Semenanjung Tanah Arab. Dengan itu, umat Islam secara beransur-ansur telah menguasai ekonomi Madinah dan di kawasan persekitarannya.
·         Dengan peruntukan piagam ini, orang-orang Yahudi tidak lagi boleh membuat sebarang pakatan dengan orang Quraisy Makkah dan mereka diwajibkan mempertahankan negara dari ancaman luar bersama-sama dengan orang Islam.
·         Memberi kebebasan beragama dan tidak boleh mengganggu penganut-penganut agama lain. Dengan kebebasan ini, orang-orang Islam bebas mengamalkan ajaran Islam. Ini memberi peluang kepada orang-orang bukan Islam bergaul dengan orang-orang Islam dan memerhatikan akhlak dan personaliti orang-orang Islam dan juga ibadat mereka yang penuh dengan disiplin. Ini semua telah menarik minat orang-orang bukan Islam memeluk agama Islam.
·         Melalui piagam ini, orang-orang Yahudi secara tidak langsung mengiktiraf kewujudan Islam sebagai satu agama, Madinah sebagai negara Islam dan Nabi Muhammad s.a.w sebagai Pesuruh Allah yang sebenar. Sebelum ini, ketiga-tiga perkara ini ditolah oleh orang-orang Yahudi.
·         Hak dan keselamatan setiap penduduk Madinah adalah terjamin. Mana-mana pihak yang cuba mengkhianati piagam akan diambil tindakan tegas dan dihukum seberat-beratnya tanpa mengira bangsa atau agama. Hukuman telah dikenakan kepada pengkhianat piagam, seperti apa yang dikenakan ke atas Bani Qainuqa’ yang berkomplot dengan orang Arab Quraaisy Mekkah dalam Perang Badar. Mereka dihalau, begitu juga dengan Bani Nadir, mereka dihalau kerana berkerjasama dengan orang Arab Quraisy dalam Perang Uhud dan membunuh kaum lelaki Bani Quraizah yang mengisytiharkan perang dan berkerjamasa dengan Quraisy Makkah dalam Perang Khandak.