Latar belakang Nabi Muhamad SAW


NABI MUHAMMAD S.A.W.

Latar Belakang
Nabi Muhammad s.a.w. dilahirkan pada 12 Rabiuawal Tahun Gajah bersamaan dengan 571 Masihi di Mekah. Ibunya bernama Aminah binti Wahab. Ibunya telah meninggal dunia apabila Nabi Muhammad 6 tahun.

Bapanya bernama Abdullah Abdul Muttalib dan beliau meninggal dunia apabila nabi dalam kandungan. Nabi dipelihara oleh datuknya Abdul Muttalib yang kemudiannya meninggal dunia ketika nabi berumur 8 tahun. Semasa berumur 12 tahun, nabi mengikut bapa saudaranya Abu Talib ke Syam untuk berniaga. Seorang paderi bernama Bahirah / Buhairah menasihatkan Abu Talib membawa Muhammad balik kerana bimbang dibunuh oleh orang Yahudi.

Ketika berusia 25 tahun, beliau telah berkahwin dengan Khadijah binti Khuwailid yang berumur 40 tahun. Baginda mempunyai 6 orang anak, iaitu 2 lelaki dan 4 perempuan. Yang lelaki telah meninggal nudia semasa mereka kecil. Sewaktu 35 tahun, beliau diberi gelaran al-Amin kerana berjaya menyelesaikan perbalahan di kalangan pembesar Arab berhubung dengan perletakan batu Hajar al-Aswad.


Perlantikan Sebagai Nabi dan Rasul
Nabi ialah seorang manusia lelaki yang terpilih yang disampaikan wahyu Allah untuk dirinya. Rasul juga sama dengan nabi tetapi Rasul mesti menyampaikan wahyu yang diterimanya kepada orang lain.

Telah menjadi kebiasaan, Muhammad mengasingkan diri di Gua Hira untuk beribadat di samping memikirkan kejadian alam. Akhirnya pada 17 Ramadan bersamaan 6 Ogos 611 Masihi sewaktu baginda berusia 40 tahun, datanglah malaikat Jibril membawa wahyu pertama, iaitu ayat 1-5, surah al-Alaq. Wahyu ini bermaksud:

bacalah dengan nama Tuhan kamu yang menjadikan kau dan segumpal darah dan bacalah dengan nama Tuhanmu yang mulia yang mengajar manusia yang tidak mengetahui apa-apa.

Selepas menerima wahyu pertama, nabi terus ke rumah menceritakan apa yang berlaku kepadanya dan Khadijah telah membawa baginda berjumpa dengan sepupunya, Waraqah bin Naufal, seorang pendeta yang menghafal kitab suci. Waraqah mengakui yang datang itu ialah Jibril dan ini bermakna baginda dilantik sebagai nabi.

Selepas menerima wahyu pertama, baginda terus ke gua dan pada suatu hari, ketika baginda keluar dari rumah, baginda terdengar satu suara dan apabila baginda mendongak, terlihatlah Jibril. Kerana takut, baginda masuk semula ke rumah dan meminta Khadijah menyelimutkannya.

Ketika inilah turunlah wahyu kedua, iaitu surah al-Mudduthir, ayat 1-7 yang bermaksud: Wahai orang yang berselimut, bangun dan berilah peringatan, hendaklah engkau menggesakan tuhanmu, bersihkanlah pakaianmu, jauhilah perbuatan dosa, janganlah engkau memberi kerana hendakkan balasan yang banyak dan hendaklah engkau bersabar kerana tuhanmu. Dengan wahyu kedua ini, bermakna Allah telah melantik baginda sebagai Rasul kerana ayat tersebut dengan jelas memerintahkan Muhammad untuk mengingatkan manusia.


Biodata Nabi Muhammad S.A.W :
Nama penuh:
 Muhammad bin ‘Abdullah bin ‘Abdul Muttalib bin Hashim
Nama bapa:
 ‘Abdullah bin ‘Abdul Muttalib bin Hashim
Nama ibu:
 Aminah binti Wahab bin ‘Abdul Manaf
Nama datuk:
 Syaibah bin Hâsyim dikenal dengan nama ‘Abdul Muttalib
Tarikh Lahir Nabi: 12 Rabiulawal Tahun Gajah


Bapa-bapa saudara:
• Al-Harith bin Abdul Muthalib
• Muqawwam bin Abdul Muthalib
• Zubair bin Abdul Muthalib
• Hamzah bin Abdul Muthalib
• Al-Abbas bin Abdul Muthalib
• Abu Thalib bin Abdul Muthalib
• Abu Lahab bin Abdul Muthalib
• Abdul Kaabah bin Abdul Muthalib
• Hijl bin Abdul Muthalib
• Dzirar bin Abdul Muthalib
• Ghaidaq bin Abdul Muthalib

Nama Ibu susuan Rasulullah:
·   Ibu susuan pertama Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab) 
·   Ibu susuan kedua Halimah binti Abu Zuaib As-Sa‘diah (lebih dikenali Halimah As-Sa‘diah. Suaminya bernama Abu Kabsyah)

Nama isteri pertama dan usia baginda berkahwin:
Khadijah binti Khuwailid Al-Asadiyah pada 25 tahun

Nama isteri-isteri Rasulullah:
1. Khadijah bt. Khuwailid al-Asadiyah r.a
2. Saudah bt. Zam’ah al-Amiriyah al Quraisiyah r.a
3. Aisyah bt Abi Bakr r.a (anak Saidina Abu Bakar)
4. Hafsah bt. Umar bin al-Khattab r.a (anak Saidina ‘Umar bin Al-Khattab
5. Ummu Salamah Hindun bt. Abi Umaiyah r.a (digelar Ummi Salamah)
6. Ummu Habibah Ramlah bt. Abi sufian r.a
7. Juwairiyah ( Barrah ) bt. Harith
8. Safiyah bt. Huyay
9. Zainab bt. Jansyin
10. Asma’ bt. al-Nu’man al-Kindiyah
11. Umrah bt. Yazid al-Kilabiyah
12. Zainab bin Khuzaimah (digelar ‘Ummu Al-Masakin’; Ibu Orang Miskin)

Nama anak-anak Rasulullah:

1. Qasim
2. Abdullah
3. Ibrahim
4. Zainab
5. Ruqaiyah
6. Ummi Kalthum
7. Fatimah Al-Zahra’
8. Halah bin Hind bin Habbasy bin Zurarah al-Tamimi (anak kepada Saidatina Khadijah bersama Hind bin Habbasy. Ketika berkahwin dengan Rasulullah, Khadijah adalah seorang janda).[anak tiri Rasulullah]

Pengalaman bekerja Rasulullah: 


·   Semenjak kecil lagi, baginda telah menternak kambing dan berniaga membantu bapa saudaranya. 
·   Abu Talib telah membawa baginda ke Syam (Syria) bagi membantunya berniaga.
·   Apabila baginda telah agak dewasa, baginda telah mula menjalankan perdagangan baginda sendiri secara kecil-kecilan dan menjalankan perniagaan dengan menggunakan modal orang lain kerana baginda sedar bapa saudaranya bukanlah terdiri daripada orang yang berada dan beliau terpaksa menyara sebuah keluarga yang besar.
·   Ketika baginda berusia dua puluh lima tahun, baginda telah pergi ke Syam untuk kali kedua bagi menjalankan perniagaan Sayidatina Khadijah. Bukti Rasulullah adalah seorang ketua keluarga yang patut dicontohi: Rasulullah merupakan seorang yang pengasih.
·   Sebagai seorang suami, baginda sering membantu isteri menjalankan urusan rumah seperti memasak, menampal pakaian yang koyak, memmbersih rumah dan menjaga anak.
·   Sebagai seorang bapa, baginda memberi pendidikan agama yang secukupnya dan menjadi seorang contoh yang baik kepada anak-anak.

Gelaran Al-Amin:
 Baginda merupakan seorang yang jujur, amanah dan budi pekerti. Perkataan dan perbuatan baginda sentiasa dipercayai sehingga baginda diberi gelaran al-Amin oleh masyarakat Arab Quraisy.

Sifat-sifat terpuji Rasulullah:
 


·   Berkata benar (siddiq) 
·   Boleh dipercayai (amanah)
·   Penyampai ajaran Islam (tabliq)
·   Bijaksana (fatanah)

Kepimpinan Rasulullah disebalik peristiwa banjir di kota Mekah ketika Rasulullah berusia 35thn: Kota Mekah telah dilanda banjir kilat yang menyebabkan dinding kaabah pecah dan runtuh. Kaum Quraisy telah membina semula bahagian yang runtuh. Kemudian timbul perbalahan antara ketua kaum Quraisy yang berebut untuk mengangkat dan meletakkan Hajar Aswad di penjuru sebelah timur bangunan kaabah. Perbalahan ini hampir menimbulkan peperangan. Rasulullah telah menjadi hakim bagi menentukan kedudukan Hajar Aswad dan secara tidak langsung Rasulullah telah meleraikan perbalahan antara ketua kaum Quraisy.

Peristiwa Rasulullah menerima wahyu:
 
·   Wahyu pertama diterima Rasulullah pada hari isnin, 17 ramadan (6 ogos 610 M) 
·   Ketika itu Rasulullah berusia 40 tahun.
·   Wahyu tersebut diterima baginda di Gua Hirak al-Jabar Nur.
·   Surah al-Alaq, wahyu pertama yang berbunyi “Bacalah dengan menyebut nama Tuhanmu yang menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah, dengan nama Tuhanmu yang Amat Pemurah, yang mengajar manusia dengan perantaraan (menulis, membaca). Dia mengajarkan kepada manusia apa yang tidak diketahuinya. ”
·   Wahyu kedua, surah al-Muddasir (ayat 1-7) diturunkan di Bukit Nur berhampiran Makkah.
·   Wahyu kedua ini menandakan pelantikan baginda sebagai Rasulullah atau pesuruh Allah.

Tokoh-tokoh awal memeluk Islam:
• Zaid bin Harithah (anak angkat nabi)
• Ali bin Abu Talib (sepupu nabi berusia 10 tahun)
• Khadijah binti Khuwailid (isteri nabi dan orang pertama memeluk Islam)
• Abu Bakar al-Siddiq (sahabat karib)


Wahyu pertama yg diterima oleh Rasulullah, masanya dan usia Rasulullah: 
·   Wahyu pertama iaitu dari surah al-Alaq yang berbunyi “Bacalah dengan menyebut nama Tuhanmu yang menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah, dengan nama Tuhanmu yang Amat Pemurah, yang mengajar manusia dengan perantaraan (menulis, membaca). Dia mengajarkan kepada manusia apa yang tidak diketahuinya. ” 
·   Pada hari isnin, 17 ramadan (6 ogos 610 M)
·   Berusia 40 tahun.




9 comments: